4,633 laporan manipulasi aktiviti perniagaan, barang kawalan, subsidi diterima melalui KITA GEMPUR – KP Penguat Kuasa KPDN
Inisiatif KITA GEMPUR yang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah mengumpul 4,633 aduan dalam tempoh sebulan pelaksanaannya.
Thu Nov 21 2024
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti mekanisme bagi mengesan ketirisan rantaian bekalan minyak masak bersubsidi dari peringkat pembungkusan, pemborongan, peruncit hingga pengguna.
Wed Nov 20 2024
4,633 laporan manipulasi aktiviti perniagaan, barang kawalan diterima melalui KITA GEMPUR – KP Penguat Kuasa KPDN
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata inisiatif KITA GEMPUR yang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah mengumpul 4,633 aduan dalam tempoh sebulan pelaksanaannya. Jelasnya, ini merupakan peningkatan sekitar 23 peratus berbanding sebelum kempen ini dijayakan yang menggembleng penyertaan orang awam. #AgendaAWANI.
Wed Nov 20 2024
KITA GEMPUR tangani kartel, monopoli bermasalah jamin persaingan terbuka – KP Penguat Kuasa KPDN
etua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata inisiatif KITA GEMPUR yang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) memberi tumpuan kepada menangani kartel dan monopoli bermasalah. Jelasnya, tindakan itu adalah untuk memastikan persaingan pasaran yang terbuka, sihat dan tidak bertentangan dengan tuntuan Seksyen 4(2) Akta Persaingan 2010 (Akta 712). #AgendaAWANI
Wed Nov 20 2024
KPDN lantik lebih 2,000 peruncit, pemborong pastikan bekalan cukup
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melantik 1,369 peruncit terpilih daerah (DDR) dan 635 pemborong terpilih daerah (DDW) di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Thu Nov 14 2024
Minyak masak subsidi tumpas di Selangor, 15 ditahan
Satu sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi di Selangor berjaya ditumpaskan dalam operasi yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sejumlah 14,340 kilogram minyak masak bersubsidi disita, yang ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC) dalam serbuan tersebut.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sejumlah 14,340 kilogram minyak masak bersubsidi disita, yang ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC) dalam serbuan tersebut.
Thu Nov 14 2024
KPDN tumpas sindiket minyak pelincir tiruan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan tiga individu dan merampas lebih 7,000 botol minyak pelincir serta minyak transmisi automatik kenderaan yang disyaki tiruan dalam operasi di Lembah Klang pada 5 November.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata tiga lelaki berusia 30-an itu ditahan pada jam 11 pagi di dua premis di Kuala Lumpur dan satu di Selangor.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata tiga lelaki berusia 30-an itu ditahan pada jam 11 pagi di dua premis di Kuala Lumpur dan satu di Selangor.
Mon Nov 11 2024
KPDN kaji guna nombor kumpulan pada minyak masak elak ketirisan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkemungkinan mencadangkan penggunaan nombor kumpulan atau batch number kepada minyak masak paket sebagai salah satu mekanisme mengatasi ketirisan barangan kawalan bersubsidi itu.
Fri Nov 08 2024
Peniaga berdepan tindakan jika enggan jual minyak masak 1kg
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menjalankan Ops Samar bagi siasatan aduan ke atas sebuah premis beroperasi di dalam Pasar Borong Selangor dengan aduan peniaga enggan menjual minyak masak paket 1kg.
Thu Nov 07 2024
Program akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.
Wed Nov 06 2024
Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.
Wed Nov 06 2024
KPDN Kelantan rampas lebih 8,000 kg minyak masak seludup
Sebanyak 8,534 kilogram minyak masak bersubsidi dan tiga kenderaan disita dalam operasi bersepadu antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor semalam.
Fri Nov 01 2024
942 premis perniagaan diperiksa di seluruh negara
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan 942 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di seluruh negara, melibatkan 11 premis borong dan 931 kedai runcit dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 sejak 28 Okt hingga semalam.
Wed Oct 30 2024
[TERKINI] Jijik! ayam diletak di lantai, KPDN serbu premis penyembelihan di Puchong
Pensijilan Halal digantung serta keadaan premis sembelihan ayam dikesan beroperasi dalam keadaan jijik dan kotor. Itu penemuan baharu serbuan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menerusi operasi Kita Gempur di kawasan perindustrian Puchong pada Selasa malam. Bukan sekadar kotor, anggota penguatkuasa KPDN turut mendapati bekalan ayam yang telah disembelih juga diletakkan diatas lantai yang berlumut dengan dinding tempat penyembelihan berdaki serta berkarat.
Tue Oct 29 2024
KPDN Sarawak aktifkan Op Statik
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak mengaktifkan Op Statik dengan meletakkan pegawainya di stesen minyak yang disyaki terlibat dengan ketirisan subsidi.
Mon Oct 28 2024